Pages

Laman Utama(=)Khidmat Online

Monday, 27 October 2014

SEJARAH SEKOLAH




 SEJARAH RINGKAS SKFBK


    SK Felcra Bukit Kepong adalah sebuah sekolah yang terletak di penghujung Mukim Bukit Kepong iaitu kira-kira 86 KM dari Bandar Muar. Sekolah ini terletak di Rancangan Belia Felcra Bukit Kepong. Operasi pembinaan telah bermula pada 20 Julai 2000 dan penyerahan bangunan sekolah oleh JPNJ dilaksanakan pada 16 Disember 2002.
    Pada 6 Januari 2003, sesi pertama persekolahan bermula dengan jumlah 456 murid, 23 orang guru, 13 kelas dan dibantu oleh seorang Pembantu Tadbir juga seorang PAR. Guru Besar yang pertama ketika itu ialah En.Abd Ghaffar bin Kasim. Sekolah ini didirikan di atas tapak tanah kepunyaan Felcra seluas 2275 hektar, dengan usaha pemimpin-pemimpin masyarakat disini,akhirnya impian masyarakat disini untuk mendapatkan prasarana pendidikan telah tercapai, memandangkan sebelum ini mereka terpaksa menghantar anak-anak mereka ke SK LKTP Chemplak yang jauhnya kira-kira 2 km dari Felcra Bukit Kepong.Kini setelah 8 tahun beroperasi banyak kejayaan baik dari segi akademik mahupun aktiviti ko-kurikulum yang melibatkan para pelajar telah berjaya dikecapi. Penglibatan serta kerjasama khususnya warga sekolah, ibu bapa dan para pemimpin masyarakat telah banyak membantu kecemerlangan dan kejayaan sekolah ini.


TAHUN
GURU BESAR
2003
En. Abd Ghafar bin Kasim
2003
Pn. Saadiah bt. Khamis
2003-2005
Pn. Hjh. Rosmizan bt. Jamaludin
2005-2006
Pn. Nazirah bt. Hj Taib
2006
Tn. Hj. Ramli bin Mohamed
2007
En. Cheman bin Yusoh
2008-2010
En. Sairan bin Hj. Yusof
2011
En. Mohd Dolit bin Manap
2012- 2014
 Tn.Hj Mohd Nor bin Samingin 
2014 - sekarangEn. Muhammad Ilham Ganesh bin Abdullah



No comments:

Post a Comment